PUSAT TUISYEN SATU GLOBAL
( GLOBALINK )
NO. 23, Jalan Molek 2/4, Taman Molek, 81100 Johor Bahru.07-352 9192 , 016-715 5172
===============================================================
==============================================
Semua kelas bermula minggu pertama Januari 2014. Kelas pertama bermula pada 3hb Januari 2014.
Dimaklumkan bahawa , bermula 1 januari 2014 cuti mingguan negeri Johor adalah hari Jumaat dan Sabtu.
Dengan yang demikian kebanyakkan kelas hari Ahad diubah ke hari Jumaat.
Pendaftaran bagi tahun 2014 telah dibuka sekarang.
- Untuk mengelakan kesesakan pada hari pertama , semua pelanggan setia kami dan pelanggan yang dihormati sila daftar awal.
- Tiada kenaikkan yuran , yuran seperti masa yang lalu.
==============================================
- Pastikan anak bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah . Sebab Otak memerlukan makanan pada waktu pagi (60%-70%)
- Cadangan Sarapan Pagi
- Makanan yang diperbuat daripada tepung gandum ( roti buku , roti canai, jemput-jemput ......)
- minuman : susu + madu.
- Larang sama sekali penggunaan telefon bimbit ketika belajar
- Semak semua kerja sekolah anak anak sekurang kurangnya seminggu sekali.
- Buat jadual masa belajar yang konsisten setiap hari.
- Seboleh bolehnya pastikan anak yang masih bersekolah berada di rumah selepas waktu maghrib
- Kerap pergi jumpa guru / guru tuisyen untuk mengetahui perkembangan anak ( terutama kepada pelajar yang lemah).
- Pantau /tetapkan masa / larang penggunaan FB , sbb ramai pelajar membuang masa begitu lama dalam FB.
- Kita sebagai orang dewasa perlu risau masa depan remaja kita sebab semua mereka tunduk kepala di mana mana untuk melihat "handphone" atau "ipad" . Macam kita wujudkan generasi tunduk kepala .
- Galakan anak anak makan sayur-sayuran dan buah- buahan
=========================================================================
PERKARA YANG BOLEH DITELADANI
10 SEBAB JEPUN MAJU
1. Di Jepun diajar
pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran
yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari
akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2.
Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke
peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan
menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan
dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun
salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji
(servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak
mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan
sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor
ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat
kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah
akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka
membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi
mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6.
Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam
bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar
adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7.
Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang
gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian
bertulis dan lisan.
8. Dilarang mengunakan
handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang
tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai
“akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran
buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil
makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan
apa-apa makanan di atas pingan.
10. Kadar
kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun,
ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar
kepada ketepatan saat dan minit.
===============================================Sikap Orang Jepun Yang Patut DiContohi
Bercerita tentang warga
Jepun atau orang Jepun, tentu umum mengetahui bahawa kebanyakan mereka
bukan beragama Islam. Namun disebalik ketidakislaman mereka itu,
terdapat pelbagai etika dan kualiti yang terpuji yang sepatutnya
dipelopori oleh orang Islam. Etika dan kualiti sikap warga Jepun yang
terpuji itu seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang
pernah suatu ketika dulu mendahului bangsa-bangsa lain di dunia dalam
pelbagai ilmu dunia dan akhirat.
Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang
sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam
aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang
cemerlang.
Jika anda pernah berada di Jepun, setibanya anda di Narita Airport, anda pasti TERKEJUT melihat bagaimana seorang si Penyapu Sampah menolak troli berkejaran daripada satu tong sampah ke tong sampah yang lain semata-mata untuk memungut sampah tersebut. Berbanding pula dengan si Penyapu Sampah di KLIA, Malaysia di mana mereka menolak troli sambil berjalan-jalan, dan adakalanya sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain.Apakah sifat dan sikap yang terpuji yang membezakan orang Jepun dengan Orang Malaysia khususnya? Berikut adalah rumusannya:
1. SIKAP MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan saja si orang Jepun yang menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat sikap nihonjin mereka ini terhadap masa.
Jika anda terlewat walaupun seminit, anda boleh ucapkan sayonara (selamat tinggal) .. . dek kerana kereta api tu pun dah merentasi jauh. Shinkazen (bullet train) atau kereta api peluru di Jepun seperti Maglev yang berkelajuan 580 km/j sudah tentu akan meninggalkan anda terlalu jauh!!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa..
2. SIKAP MENJAGA KEBERSIHAN
Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih dan kering bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya terlalu jernih dan boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa menjaga kebersihan.
3. JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana-mana, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oelh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barangan jualan mereka berada di situ tanpa pemantaun pemilik. Pembeli hanya perlu memilih produk yang dikehendakki dan memasukkan sejumlah wang bayaran ke dalam “bekas duit” yang disediakan. Alangkah amannya sekiranya situasi sebegini berlaku di Malaysia!
Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun mengamalkan budaya kerja “Samurai Bushido” di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut ialah �pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah�, �berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh�, �jadi dan buatkan yang terbaik�, �mati itu lebih baik daripada mengkhianat atau menghampakan majikan/ketua� .
Faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Toyota dengan Proton, walhal kedua-keduanya mempunyai peralatan dan teknologi yang hampir sama.� Maka tak hairanlah dimana-mana saja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka, produk mereka diiktiraf dunia!
5. SIKAP RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam (bas, keretapi� dsb), sambil menunggu keretapi, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang murni yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.
6. CARA YANG SISTEMATIK
Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu sistem yang bersepadu dan sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi di mana “hari ini satu pihak gali lubang, dan turap” dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang sama. Alangkah “bodoh dan merugikan!”.
Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula di Jepun amat sistematik. Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah dan� ada item-item tertentu yang wajib diasingkan (bunbetsu). Sistem dan jadual perjalanan densya dan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Di Malaysia ada juga sistem seperti ini tetapi mungkin disebabkan kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang “tidak bersistem” menyebabkan� sistem tersebut gagal dilaksanakan.
7. MENGHORMATI ORANG LAIN
Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai(senior). Begitu juga sikat sopan mereka terhadap pelancung-pelancung asing. Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap “irasshaimase” atau “Selamat Datang”, hatta jika ada pekerja yang sedang� bekerja mengemop lantai sekali pun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk menghormati pelanggan.� Dan bila keluar pula akan diucap “arigato gozaimasu” atau terima kasih. Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama mengujungi Jepun.
Akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam. Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulangi kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu….
========================================================================
terbaik
ReplyDelete